Makanan seimbang mengandungi karbohidrat, protien, lemak, serta vitamin dan mineral. Karbohidrat memberikan tenaga kepada kita untuk melakukan aktiviti harian. Protien pula membekalkan nutrien supaya tubuh kita dapat membesar dengan sempurna. Lemak diperlukan sedikit sahaja untuk membekalkan haba kepada tubuh kita. Vitamin dan mineral juga diperlukan untuk memelihara fungsi tubuh dan melindungi kita daripada penyakit.
1. Daya tahanan yang tinggi daripada serangan penyakit
-Tiamina (Vitamin B1)
Biji bunga matahari, makanan dari bijirin dan kekacang kering
Perlu untuk metaboliesma karbohidrat dan otot. Meningkatkan fungsi saraf dengan sempurna.
- Riboflavin (Vitamin B2)
Hati, susu, bayam, mee yang diperkaya dan kulat atau cendawan
Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisma semua jenis makanan dan mengeluarkan tenaga dan sel-sel. Diperlukan oleh vitamin B6 dan niasin.
-Niasin (Vitamin B3) - Niasin ditukarkan kepada niasimid dalam tubuh.
Cendawan, kulat, ikan tuna, ayam, daging, kacang tanah, bijirin diperkaya.
Diperlukan oleh enzim-enzim yang merubah makanan kepada tenaga. Membantu mengekalkan sistem perkumuhan dan saraf yang sihat. Pada dos yang tinggi ia boleh membantu mengurangkan kolesterol. (Perlu diingat, untuk mendapatkan dos yang besar perlu terlebih dahulu mendapat nasihat pakar kesihatan).
2. Tumbesaran kanak-kanak
-makanan seimbang penting untuk anak-anak sejak kecil lagi mampu meningkatkan pertumbuhan fizikal serta memperbaik keupayaan mental mereka.
-amalan memberikan pemakanan seimbang yang mencakupi karbohidrat, protein, vitamin dan garam mineral kepada anak-anak secara konsisten dapat mencegah serangan penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis ketika mereka dewsa kelak.
3. Pesonaliti yang cergas dan meyakinkan
-makanan seimbang sudah tentu memberi manfaat kepada seseorang
- seseorang akan kelihatan sihat dan cergas serta mempunyai produktiviti tinggi dalam pekerjaan ataupun pengurusan.
-sudah tentu syarikat gergasi tidak akan memilih calon yang sering sakit ataupun mempunyai masalah kesihatan sebagai pekerja mereka.
4. Menjimatkan kos perubatan
-apabila sihat, sudah tentu kos perubatan boleh diminimumkan
-pada zaman moden, ramai institusi keluarga terpaksa memperuntukkan kos perubatan untuk setiap bulan. Sekiranya amalan makanan seimbang dipraktikkan, sudah tentu insititusi keluarga tidak perlu pening kepala untuk memikirkan wang untuk membeli ubat ataupun pembedahan. Kadangkala kos pembedahan membelanja beribu-ribu ataupun berpuluh ribu.
No comments:
Post a Comment