Tuesday, 8 May 2012

"Makan Secara Sihat, Sihat Sepanjang Hayat"

Tips & Amalan Pemakanan Yang Sihat :

1) Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.
2) Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya “Bismillah” dan menyudahinya dengan “Alhamdulillah”.
3) Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
4) Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
5) Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
6) Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
7) Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
8) Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
9) Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
10) Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi
11) Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
12) Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.

Pencuci Mulut Berkhasiat


 Salad Buah


Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 2 biji epal hijau
  • 200g strawberry
  • 1 cawan blueberry
  • 1/4 biji buah timun susu
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1/2 cawan mayonis

Cara-cara

  1. Potong dadu semua buah kecuali blueberry. Letak dalam 1 mangkuk dan ratakan.
  2. DRESSING: dalam mangkuk lain, sebatikan sos cili, tomato dan mayonis. Kacau hingga rata.
  3. Masukkan dressing dalam mangkuk buah & kacau lagi.
  4. Sedia dihidang dan dinikmati.
 

15 tips diet seimbang

Tips diet seimbang

Sarapan Berkhasiat, Senang & Mudah:

Sandwich Cheese

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 buku roti
  • bawang besar -dimayang
  • 5 biji telur ayam -dipukul
  • serbuk lada hitam
  • garam secukup rasa
  • mentega
  • mayonis
  • cheese -diparut

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, letakkan sedikit mentega dan tumiskan bawang yang telah dimayang.
  2. Masukkan telur yang telah dipukul. Masak menjadi telur hancur.
  3. Setelah masak, masukkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan mayonis, lada hitam dan garam secukup rasa.
  4. Sapukan sebelah bahagian roti dengan mentega. Buat sampai habis.
  5. Pada bahagian yang tdk ada mentega, isikan telur mayonis dan ditaburkan parutan cheese.
  6. Tutupkan dengan sekeping roti diatasnya. Jadikan 2. Buat sampai habis.
  7. Panaskan sandwich maker, masukkan kepingan sandwich di dalam sandwich maker. Masak hingga kuning. Sedia dimakan. 



>